• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Hasmah Minta Orang Ramai Tidak Hantar Hadiah

oleh Haris
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyampaikan mesej dan doa buat beliau dan suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Siti Hasmah meminta orang ramai untuk tidak lagi menghantar hadiah kepada mereka suami isteri, sebaliknya meminta orang ramai menyumbangkannya kepada rumah kebajikan.

Kata-kata tersebut disampaikan oleh anaknya, Marina Mahathir melalui laman Facebooknya mengatakan dalam masa sama, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak membenarkan ahli politik menerima hadiah.

“Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain,” tulisnya.

Ujar Marina, sejak kemenangan PH yang diterajui Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 dua minggu lalu, ibu dan bapanya tidak putus-putus menerima ucapan tahniah serta menerima pelbagai kiriman hadiah.

Dalam pada itu, Marina juga mendedahkan bahawa Mahathir dan Siti Hasmah tidak akan berpindah ke kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana dan akan menetap di kediaman mereka sendiri.

Marina berkata, kediaman yang didiami ibu dan bapanya kini sudah tidak mempunyai ruang untuk meletakkan hadiah-hadiah yang dihantar orang ramai.

“Ibu bapa saya akan terus menetap di kediaman mereka sendiri dan tidak akan berpindah ke Seri Perdana (kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya). Mereka lebih selesa tinggal di sana namun kediaman itu tidak mempunyai ruang yang besar,” kata Marina.

Tambah Marina, ibunya berharap agar orang ramai faham dengan permintaan untuk tidak menghantar apa-apa hadiah untuk mereka berdua biarpun Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba.

Marina berkata, perkara yang akan lebih menggembirakan ibunya adalah sekiranya orang ramai menyumbangkan barangan di mana-mana rumah kebajikan dan bukan kepada beliau dan suaminya.

“Sebaliknya beliau minta agar orang ramai menyumbangkannya kepada mana-mana rumah kebajikan dan itu lebih menggembirakannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Tun Dr Mahathir MohamadTun Siti Hasmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd