• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fajer Perlu Bertanggungjawab Atas Prestasi TRW

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ibrahim harus bertanggungjawab ke atas prestasi tidak menentu The Red Warriors sehingga menyebabkan pasukan itu berada dalam kelompok penyingkiran saingan Liga Super.

Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan (PBPBK), Anuar Rajib berkata jurulatih kelahiran Syria itu harus memikul tanggungjawab selepas menggugurkan beberapa pemain senior dan import ketika mula-mula mengambil alih pasukan itu Mac lepas.

“Fajer tidak boleh lari daripada kenyataan kerana tindakan pemutihan pasukan (yang dilakukan beliau) dengan mengetepikan 20 pemain pada pertengahan musim ini menjerat dirinya sendiri sebagai jurulatih antarabangsa,” katanya dihubungi hari ini.

Fajer sebelum ini menggugurkan beberapa nama besar The Red Warriors iaitu ketua pasukan Mohd Badri Mohd Radzi, Noor Farhan Muhammad, Khairul Fatmi Che Mat dan dan Bruno Lopez.

Kelantan, bekas juara treble pada 2012, kini menggunakan sepenuhnya khidmat pemain muda serta dua pemain import.

Selepas enam perlawanan di bawah kendalian jurulatih itu, Kelantan hanya mencatat satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.

Anuar berkata Fajer perlu mencari jalan untuk memenangi perlawanan akan datang bagi mengelak terhakisnya kepercayaan yang diberikan oleh penyokong dan penaja.

“Beliau telah melakukan rombakan besar-besaran dan ketika ada masalah seperti ini beliau tidak boleh lari daripada masalah yang dia sendiri cipta.

“Fajer perlu bertanggungjawab sehingga ke akhir musim atas apa yang berlaku terhadap Kelantan ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: TRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd