• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan KM P.Pinang Akan Dihadkan Dua Penggal

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Undang-undang Tubuh Negeri Pulau Pinang akan dipinda bagi membolehkan cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal dilaksanakan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata mesyuarat exco hari ini telah bersetuju untuk menunaikan janji Pakatan Harapan yang pertama iaitu mengehadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri selepas mendapat majoriti dua pertiga.

Katanya majoriti dua pertiga yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah memberi kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat pindaan perlembagaan dan penasihat undang-undang kerajaan negeri telah diminta untuk mengkaji perkara itu.

“Perkara itu harus dimasukkan di dalam Perlembagaan Negeri (Undang-undang Tubuh Negeri) supaya ia menjadi undang-undang tertinggi Pulau Pinang bagi tujuan mengehadkan tempoh perkhidmatan seseorang ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco yang pertama di sini hari ini.

Beliau berkata butiran mengenainya akan diteliti apabila penasihat undang-undang negeri siap membuat kajian berhubung maksud tempoh dua penggal dan bila akan berkuat kuasa.

“Exco-exco akan membincangkan dengan lebih teliti apabila penasihat undang-undang siap dengan kertas cadangan itu nanti dan kami juga ingin menjemput badan bukan kerajaan untuk memberi maklum balas mereka,” katanya.

Beliau berkata perkara itu dijangka dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, November ini.

Sementara itu, Chow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata semua exco kerajaan negeri telah diminta untuk melaksanakan 68 Janji Pakatan Harapan dalam manifesto PRU14.

“Kami menganggap manifesto itu adalah satu janji dan komitmen kerajaan PH kepada pengundi dan kami akan berikhtiar untuk menunaikan kesemuanya dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Terdahulu, Chow mengumumkan pelantikan ADUN Komtar, Teh Lai Heng sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA

Tags: Chow Kon Yeow
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd