• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Yakin Mahathir, Pelabur Asing Keluar RM2.5 Bilion

oleh
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANIK… Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah bertindak menarik keluar ekuiti tempatan bernilai RM2.48 bilion pada minggu lepas.

Menurut MIDF Research, ia merupakan aliran keluar dana ekuiti tempatan terbesar sejak minggu akhir 23 Ogos 2013 de­ngan nilai aliran keluar ketika itu bernilai RM2.90 bilion, lapor media tempatan semalam.

Hari dagangan pertama di Bursa Malaysia selepas PRU menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta, namun nilai dagangan pada hari tersebut adalah tertinggi yang pernah direkodkan iaitu RM7.30 bilion.

Bagaimanapun jualan asing pada hari Selasa minggu lalu terus menyusut lagi sebanyak RM837.3 juta, angka yang paling besar hanya dalam tempoh satu hari sejak rekod terakhir dicatatkan sekitar awal Februari 2018 lepas.

“Pelabur antarabangsa kekal dalam mod ‘jual’ pada minggu PRU14 yang lalu selepas Bursa Malaysia hanya beroperasi pada Isnin dan Selasa. Data awal diperoleh mendapati jumlah bersih ditarik keluar oleh pelabur asing.

“Ia dicatatkan selama dua hari dagangan berturut-turut tersebut yang berjumlah RM504.8 juta, melebihi daripada RM438.4 juta pada minggu sebelumnya,” katanya dalam nota kajian diterbitkan di ibu negara semalam.

Pada Rabu minggu lalu, aliran keluar asing meruncing kepada RM320.7 juta apabila pelabur menyambut baik pembaharuan pasca PRU termasuk pengumuman pengurangan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ini menyaksikan kadar enam peratus diturunkan kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun selain pengampunan diraja yang diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

FBM KLCI kemudian me­lonjak 0.54 peratus lebih tinggi dalam tempoh dagangan lapan hari kepada 1,858 mata berikutan aktiviti pembelian oleh peruncit dan peningkatan keyakinan dana tempatan yang berterusan.

“Berikutan tekanan jualan yang sengit, jumlah aliran ma­suk dana bersih terkumpul ke Malaysia telah berkurangan kepada RM40.2 juta, berbanding RM2.52 bilion sebelum PRU ke-14 berlangsung pada 9 Mei lalu.

“Kami bagaimanapun yakin dan berhati-hati bahawa angka ini dapat meningkat secara beransur-ansur selepas keadaan politik kembali stabil,” katanya.

MIDF Research juga berkata, walaupun negara mencatatkan aliran keluar mingguan terbesar dalam kalangan empat pasaran ASEAN minggu lalu, Malaysia masih menjadi penerima utama aliran masuk asing.

Katanya, penyertaan asing kekal kukuh kerana nilai daga­ngan harian purata asing (ADTV) meningkat hampir 100 peratus kepada RM2.39 bilion, tertinggi dalam 24 minggu.

“Begitu juga dengan penyertaan dalam pasaran runcit dan ins­titusi adalah mantap kerana ADTV mereka mencapai tahap yang tidak dilihat dalam tempoh 18 minggu,” katanya.

Felda Global Ventures Bhd. menyaksikan aliran ke­luar wang bersih terbesar sebanyak RM14.52 juta minggu lepas diikuti Petronas Dagangan Bhd. dengan aliran keluar bersih kedua terbesar ber­jumlah RM13.12 juta.

Ma­na­kala firma rangkaian pusat perubatan ternama, IHH Healthcare Bhd. mencatatkan aliran keluar bersih ketiga terbesar sebanyak RM12.16 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bursa malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd