• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Jawatan Tertinggi Dipertandingkan – MT UMNO

oleh
22/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta ketua sayap dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Pemangku Presiden merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan bahawa tidak perlu timbul lagi soal tiada pertandingan bagi jawatan tertentu dalam UMNO.

“Semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan dan peraturan UMNO terbuka serta bebas untuk dipertandingkan.

“Saya secara berlapang dada dan berfikiran terbuka mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja yang berkelayakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn di sini.

Turut hadir, pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Cadangan supaya semua jawatan parti dipertandingkan disentuh Khairy, sebelum disokong beberapa pimpinan UMNO peringkat negeri dan bahagian.

Bagi tujuan itu, Ahmad Zahid menjelaskan, UMNO akan membuka pendaftaran secara atas talian untuk mereka yang mahu menawarkan diri bertanding pada peringkat nasional bermula 1 Jun sehingga 17 Jun ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebelum pemilihan UMNO bermula, beliau yang dipilih menerajui sementara UMNO akan meneruskan tanggungjawab dan amanah bagi menyelesaikan beberapa isu berkaitan parti.

Sementara itu, tambah beliau, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak dipengerusikan Annuar, dengan tanggungjawab untuk berjumpa dengan pimpinan peringkat bahagian.

“(Kita mahu) ahli MT yang diberi tanggungjawab menjaga bahagian tertentu supaya turun ke bawah bertemu dengan kepimpinan bahagian dan cawangan.

“Jawatankuasa bertindak ini akan dipengerusikan Annuar dan beliau akan lakukan penyelarasan untuk laksanakan tugasan ini,” katanya.

Mengakhiri sidang medianya, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas pembentukan barisan Kabinet baharu kerajaan.

“Kami dalam UMNO tentu akan perhatikan setiap langkah dan tindakan kerajaan baharu ini dan tentunya kami sebagai pembangkang akan membangkang secara membina demi memastikan pelaksanaan serta segala janji Pilihan Raya Umum (PRU) mereka dilunaskan.

“Tentunya kami merasakan sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, diharapkan segala janji dalam manifesto terutama 100 hari pertama, mesti dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta komponen Barisan Nasional (BN) termasuk di Sabah dan Sarawak memperkukuhkan barisan bagi meneruskan agenda perjuangan parti. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiMT UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd