• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Damsyik Selamat Sepenuhnya Selepas Usir Daish

oleh AK-47
22/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Sebuah kejiranan di Damsyik hancur dalam serangan pengeboman yang dilancarkan tentera Syria bagi mengusir militan Daish.

Menerusi operasi sama, tentera Syria berjaya menawan semula kawasan kejiranan terakhir di selatan Damsyik yang selama ini ditawan Daish.

Pihak tentera juga akhirnya mengisytiharkan ibu kota Syria dan kawasan sekitarnya selamat sepenuhnya daripada ancaman militan buat kali pertama sejak tujuh tahun lalu.

Selain itu, pihak tentera juga berjaya menawan semula kubu kuat militan Daish di kem pelarian Palestin di Yarmouk dan Hajar al-Aswad selepas berbulan lamanya merancang strategi menawan semula kawasan terbabit.

Penawanan besar-besaran tentera Syria di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad berjaya membentuk kerajaan Syria yang lebih besar termasuk kawasan pinggir bandar.

Ia sekali gus membolehkan mereka menguasai semula kawasan yang sebelum ini berada di bawah kawalan kerajaan sejak perang saudara tercetus pada 2011.

Menurut kumpulan pemerhati perang, sejumlah 1,600 lelaki bersenjata dari puak Daish meninggalkan kawasan yang ditawan mereka sebelum ini menuju ke kawasan padang pasir di timur negara itu setelah mencapai kata sepakat dengan kerajaan Syria.

Badan pemantau hak asasi manusia Syria yang berpangkalan di Britain juga melaporkan bahawa pasukan tentera kini mengosongkan kawasan perumahan militan Daish yang terakhir di kem pelarian Palestin di Yarmouk. – Astro Awani

Tags: serangan bomSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd