• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Kaji Semula Beberapa Akta, Ganti Jika Perlu

oleh Haris
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula kesesuaian beberapa akta sedia ada dalam pengurusan keselamatan negara dan menggantikannya dengan akta baharu jika perlu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan kerana terdapat beberapa undang-undang yang dilihat tidak lagi bersesuaian dengan lanskap hari ini dan perlu dimansuhkan.

Jelasnya, akta-akta itu termasuklah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan hukuman gantung mandatori.

Muhyiddin berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat akan dirujuk bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung langkah mengkaji semula undang-undang tersebut.

“Kita akan semak (akta-akta berkenaan) dan ganti balik jika ada keperluan. Kita akan kaji.

“Perbincangan akan dibuat dengan pelbagai pertubuhan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan sebelum mana-mana peruntukan dipinda,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pertamanya selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Dalam Negeri di bangunan KDN, di sini, hari ini.

Tambahnya, kajian tersebut akan memakan masa namun tidaklah mengambil masa lima tahun sehingga pilihan raya akan datang untuk diselesaikan dan akan dilakukan segera.

Ujar Muhyiddin, langkah mengkaji akta-akta berkenaan adalah salah satu perkara berkaitan isu keselamatan negara yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu untuk diberi perhatian oleh KDN.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menjelaskan bahawa kementeriannya memberi tumpuan untuk memastikan keselamatan negara terjamin dan kehidupan rakyat tidak terganggu dengan isu-isu keselamatan.

“Kita juga janjikan tiada penyalahgunaan kuasa, perkara ini kita janji dalam manifesto, kita nak elak penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan terus dikekalkan.

Selain itu, Muhyiddin berkata penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak juga akan dibela dengan mengurangkan birokrasi dalam pendaftaran kelahiran. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Kementerian Dalam NegeriTan Sri Muhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd