• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Minta Anak Pilih Isteri Dalam Program TV

oleh AK-47
22/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jutawan Rusia yang memperoleh kekayaannya dalam perniagaan minyak, menyerahkan kepada anak-anaknya untuk memilih isterinya yang baharu.

Dalam satu rancangan realiti kontroversi ‘Millionaire for Marriage’, Konstantin Scherbinin, 54, dikatakan telah berjanji untuk menghormati keputusan tiga anak perempuan dan seorang anak lelakinya di kaca TV dan melamar wanita bertuah yang dipilih mereka daripada 2,000 calon yang berpotensi.

Untuk menunjukkan komitmennya terhadap rancangan realiti ini, jutawan minyak itu telah mengarahkan anak sulungnya untuk menjalankan perniagaannya, sementara dia dan ahli keluarga yang lain memberi tumpuan mencari pasangan pengantin yang baharu.

Penerbit ‘Millionaire for Marriage’ telah dikritik oleh penonton di Rusia kerana menyiarkan rancangan yang pada asalnya mahu mencari pasangan dengan cinta sejati, kepada satu pertandingan untuk mencari ‘sugar daddy’ yang dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada pemenang.

Caranya agak mudah. Sebelum mendapat peluang bertemu jutawan berkenaan, calon terlebih dahulu harus meyakinkan anak-anaknya bahawa mereka mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka yang kaya-raya.

Wanita-wanita itu dibawa keluar secara berkumpulan untuk berdiri di hadapan anak-anak Scherbinin selama beberapa saat, manakala anak-anaknya melihat peserta dari atas ke bawah dan mengulas mengenai penampilan dan umur mereka. Kebanyakan mereka ditolak kerana fesyen dan penampilan.

“Apa yang dia buat dalam rancangan ini?” tanya anak perempuan Scherbinin yang berusia 16 tahun, merujuk kepada seorang calon berusia 40 tahun.

“Bapa sukakan orang muda dan ‘hot’, saya fikir dia akan bosan dengannya,” katanya.

“Kamu tak sesuai untuk kami,” kata seorang lagi anak perempuan jutawan itu, Olga, 20, kepada seorang pemain bola tampar, Ekaterina, yang mempunyai ketinggian 6 kaki 2 inci.

“Bapa saya sukakan gadis tinggi, tetapi tidaklah setinggi ini. Kamu tak sesuai untuk kami, selamat tinggal.”

Olga kemudian mengulas: “Saya sangat tegas. Kami tidak mahu timbul masalah di rumah.”

U-TV, saluran TV Rusia yang menyiarkan rancangan itu mendakwa pada peringkat akhir pertandingan para peserta akan menetap di rumah negara lelaki yang mungkin akan menjadi suami mereka untuk menikmati kemewahan, tetapi mereka harus menjalani ujian sukar iaitu pemeriksaan pengesan penipuan dan juga mengingati rahsia yang mereka selalunya lupa.

Akhirnya, pemenang, yang dipilih oleh anak-anak Scherbinin, akan menerima lamaran perkahwinan daripada jutawan itu sendiri dan terpulang kepada peserta itu untuk menerimanya atau tidak.

Scherbinin dilaporkan telah berkahwin dan bercerai sebanyak lima kali, selain mempunyai tiga hubungan serius lain yang tidak berhasil pada akhirnya.

Ahli perniagaan itu kini mempunyai keraguan untuk membezakan antara wanita yang jujur dan ‘pisau cukur’, jadi dia memutuskan untuk menyerahkannya kepada anak-anaknya, yang dianggap hakim paling teliti dan adil.

Mereka akan menentukan calon mana yang menyertai pertandingan itu untuk wang dan yang mana benar-benar mencari cinta, dakwa U-TV. – mStar Online

Tags: isterijutawanRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd