• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Tak Dapat Restu, Fara-Erry Putus Tengah Jalan

oleh
22/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang kalau tak ada restu keluarga, macam mana nak bahagia rumah tangga? Lebih-lebih lagi jika keluarga kedua-dua belah pihak menolak hubungan yang terjalin.

Baca: Cinta Mula Berputik, Hati Fara Hazel Milik Erry Putra

Kini, pelakon Erry Putra terpaksa melupakan impiannya untuk memperisterikan penyanyi Fara Hazel apabila hubungan mereka telah ditentang oleh keluarga.

“Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.

“Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Dalam masa sama, Erry mengakui bahawa pergaduhan yang tercetus antara mereka di media sosial baru-baru ini telah mengeruhkan lagi hubungan mereka sehingga kedua-duanya tidak lagi berhubung sebelum bulan Ramadan.

Malah, kedua-duanya mengambil langkah selamat dengan terus berdiam diri lebih-lebih lagi apabila hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga.

Disebabkan itu, Fara dan Erry terpaksa membawa haluan diri masing-masing demi menjaga hati insan yang disayangi.

“Jujurnya, saya sendiri tidak bersedia untuk masyarakat tahu hubungan kami tetapi orang dapat hidu juga apabila ternampak kami bergaduh di Instagram ketika Fara buat video ‘live‘,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, timbul pula satu lagi kontroversi kononnya Erry kini sedang menjalinkan hubungan songsang bersama seorang jejaka bertubuh sasa.

Bagaimanapun, berita palsu itu segera disangkal oleh pelakon drama Manjalara itu dan mendakwa bahawa jejaka berkenaan ialah adik tirinya iaitu Syafiq Putra.

Sebab utama mengaapa Erry sering memuat naik gambar bersama Syafiq ialah bagi tujuan mempromosikan adiknya itu sebagai artis baharu.

“Syafiq adalah adik tiri saya, satu mak tetapi berlainan bapa. Tanggapan orang itu memang tak boleh dihentikan sebab wajah kami pun tak sama.

“Tetapi mana yang tahu…tahulah. Saya sebenarnya cuma untuk mempromosikan dia sebagai artis dan rasanya dengan cara itu sahaja saya dapat berbuat demikian.

“Syafiq juga adalah rakan duet saya dalam lagu Aku Tahu selain pernah berlakon dalam drama Teman Pengganti sebelum ini,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: erry putrafara hazelNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd