• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Teruskan PERMATA – Wan Azizah

oleh
22/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) perlu diteruskan kerana dianggap sebuah program yang baik dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak, jelas Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Lapor akhbar tempatan, Timbalan Perdana Menteri berkata, PERMATA akan diteruskan dengan ditambah baik dalam segenap sudut dan akan diaudit terlebih dahulu termasuk aspek keberkesanan program, peruntukan dan kos.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.

“Ia akan diteruskan untuk kanak-kanak, tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni,” katanya di pejabatnya bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.

Ujar beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, pada pandangannya Permata lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

Program PERMATA yang merangkumi program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia merupakan cetusan idea isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung PERMATA sebelum ini.

Tumpuan diberikan kepada kanak-kanak bagi mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani, komunikasi dan sosial.

PERMATA adalah instrumen tepat dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan cendikiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: PERMATA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nooryana Bidas Permata Jadi Genius

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar...

Permata Kepada Genius, Apa Lagi Nama Program Nak Tukar?

15/04/2019
0

SELEPAS pertukaran nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti hebat disindir wargamaya tahun lalu, ingatkan sudah tidak ada lagi hal seumpamanya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd