• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Lambakan Padi Petani Terengganu Selesai

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata isu lambakan padi dan potongan hasil padi yang tinggi oleh kilang Bernas di Besut sejak seminggu lepas telah berjaya diselesaikan.

Katanya, isu yang menjadi rungutan majoriti penanam padi di Besut itu telah diambil tindakan segera oleh pegawai dan kakitangan kilang Bernas Bukit Kenak dengan membaik pulih kerosakan jentera di kilang Bernas.

Selain itu katanya mereka juga melaksanakan kerja lebih masa bagi memastikan proses penghantaran padi ke kilang diselesaikan dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit bagi setiap penghantaran bagi mengatasi masalah itu.

“Saya telah diberitahu yang masalah lambakan hasil padi yang berlaku sejak seminggu lalu adalah akibat masalah teknikal di kilang berkenaan yang kini telah dibaiki bagi membolehkan penghantaran padi kembali normal dan berjalan lancar seperti biasa,” katanya kepada media selepas mengadakan pemantauan ke kilang Bernas Bukit Kenak, Jertih di sini petang semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Hilmi Harun dan Ketua Wilayah Bernas Terengganu/Kelantan, Abd Razak Hamzah.

Sebelum ini isu lambakan padi itu timbul apabila dianggarkan lebih 200 lori pengangkutan padi menghadapi masalah untuk menghantar padi petani ke kilang itu setelah pengurusannya tidak lancar sejak seminggu lalu ekoran kerosakan jentera itu.

Lambakan itu juga berlaku apabila penghantaran hasil padi berlaku secara mendadak ekoran hasi tuaian padi yang semakin meningkat hingga menyebabkan kilang Bernas Bukit Kenak tidak dapat melakukan giliran penerimaan hasil padi dengan lancar berbanding dengan keadaan sebelumnya.

Mengenai isu potongan hasil padi yang tinggi sehingga 30 peratus berbanding sebelumnya daripada 20 hingga 21 peratus sahaja, Dr. Azman menjelaskan tindakan sedemikian dikenakan adalah bagi mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Beliau menjelaskan pemotongan hasil padi sebenarnya terpaksa dibuat dengan mengambil kira kandungan air, biji muda, kerosakan padi dan kualiti padi yang dihantar oleh penanam padi ke kilang sebelum melalui proses timbang.

Bagaimanapun, katanya, kadar potongan tersebut telah pun dikembalikan kepada antara 20 hingga 21 peratus sejak kelmarin. – BERNAMA

Tags: BERNASpadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

31/12/2022
2

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd