• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cengal RM3 Juta Disorok Geng Azhar Lesap

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERTIH – Kira-kira 300 tan kayu cengal bernilai RM3 juta yang ditempatkan sindiket Geng Azhar di lokasi transit di ladang getah Kampung Pekan Sari di sini, lesap selepas mereka menyedari kegiatan dihidu Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT).

Rentetan daripada penahanan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket itu pada 29 April lalu, pasukan penguatkuasaan JPNT mengesan dua lokasi yang dijadikan transit kayu balak dicuri.

Di lokasi transit ladang sawit dekat Kampung Gong Medang di sini, pihak berkuasa menemui lima longgokan kayu balak pelbagai bernilai RM60,000.

Bagaimanapun, Pengarah JPNT Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata, pihaknya percaya sindiket terbabit segera memindahkan 300 tan kayu cengal berkualiti tinggi di lokasi transit kedua ke kawasan lain bagi mengelakkan dirampas.

“Pada Jumaat lalu, pasukan serbuan mengesan lokasi transit yang menempatkan 40 kayu balak pelbagai di ladang sawit.

“Mengetahui kegiatan mereka terdedah, sindiket dipercayai segera memindahkan kayu cengal yang lebih bernilai itu ke lokasi lain bagi mengelak ia dirampas.

“Apabila pasukan serbuan tiba di lokasi kedua, kami mendapati hanya sebatang saja kayu cengal ditinggalkan manakala selebihnya dipercayai dipindahkan,” katanya.

Ahmad Fadzil berkata, pihaknya kini dalam proses mengesan lokasi digunakan sindiket untuk menyembunyikan kayu balak bermutu tinggi terbabit.

Justeru, orang ramai diminta membantu menyalurkan maklumat supaya JPNT melumpuhkan sindiket bagi mengelak lebih banyak kerosakan di kawasan hutan simpan di Besut dilakukan lanun rimba. – myMetro Online

Tags: Jabatan Perhutanankayu balak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

‘Siasat Segera Ratusan Ribu Balak Hanyut Di Tasik Kenyir’

01/03/2022
0

KUALA BERANG : Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd