• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Ditahan Larikan Wang RM2.6 Juta

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan lima individu termasuk seorang bekas pegawai tentera darat berpangkat Kapten yang dipercayai melarikan wang tunai RM2.6 juta daripada sebuah syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang, dalam tangkapan berasingan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata selain bekas pegawai tentera itu, empat lagi individu terbabit terdiri daripada seorang pegawai dan dua anggota tentera darat, masing-masing berpangkat Kapten dan Koperal serta seorang pemandu GrabCar.

“Mereka ini ditahan dalam serbuan di tiga lokasi di Sepang, Putrajaya dan Kuantan.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang pegawai tentera berpangkat Kapten berusia 34 tahun di Putrajaya, kira-kira 12.30 tengah malam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kuantan, kira-kira 6.45 pagi, sebelum menahan bekas pegawai tentera berpangkat Kapten bersama seorang anggota berpangkat Koperal berusia lingkungan 30-an.

Dalam serbuan itu, beliau berkata polis menemui wang tunai berjumlah RM715,000 yang disimpan dalam dua beg di rumah tersebut.

“Siasatan ke atas kedua-dua suspek terbabit membawa kepada penahanan seorang lagi anggota tentera berpangkat Koperal di sebuah rumah di lokasi berhampiran, kira-kira 8.25 pagi dan polis turut merampas wang tunai RM100,000 dalam sebuah beg di rumah berkenaan,” katanya.

Mazlan berkata penemuan wang tunai itu turut membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu GrabCar berusia 41 tahun di Sepang, kira-kira 10 malam hari yang sama dan turut menemui wang tunai berjumlah RM427,897.

Sementara itu, beliau berkata tiga pekerja syarikat kawalan keselamatan yang ditahan pada 14 Mei lepas, iaitu ketika hari kejadian, dibebaskan dengan jaminan.

“Kita berjaya menemui sebahagian wang yang dilarikan daripada kesemua suspek berkenaan berjumlah RM1,242,897 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Dalam kejadian 14 Mei lepas, bekas pegawai tentera itu dipercayai bertindak melarikan wang tunai berkenaan yang diletakkan di sebuah bilik kebal syarikat kawalan keselamatan tersebut.

Suspek yang juga pengurus syarikat kawalan keselamatan cawangan Rawang itu memberi alasan untuk menumpang tidur di pejabat, sebelum mengurung tiga rakan sepejabatnya dan melarikan wang tersebut dengan menaiki sebuah motosikal. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Besar Selangor: Siapa Ganti Mohamed Azmin?

Next Post

Cabaran Menunggu Selepas Angkat Sumpah

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Cabaran Menunggu Selepas Angkat Sumpah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd