• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Polis Tetap Ke Tali Gantung Bunuh Kekasih

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas anggota polis berpangkat korporal kerana membunuh kekasihnya yang mengandung pada 2015.

Penal tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak rayuan Muhammad Faizal Salim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati kepadanya atas kesalahan itu.

Mohtarudin yang mempengerusikan penal itu berkata mereka berpandangan bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguam Muhammad Faizal dalam rayuannnya tidak mempunyai merit .

Muhammad Faizal, 40, di dapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Feb tahun lepas kerana membunuh Norzielawati Akmar Afandi,35, di taman rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik di Mersing Johor antara 11 malam 12 April 2015 dan 12.30 pagi 12 April 2015.

Berdasarkan fakta kes, seorang saksi pendakwaan yang merupakan jiran tertuduh memberi keterangan bahawa beliau mendengar suara seorang wanita dan tertuduh (Muhammad Faizal) sedang bergaduh.

Saksi berkenaan, Sarjan Zainuddin Bakar berkata beliau mendengar suara seorang wanita mengerang kesakitan dan beliau juga mendengar wanita itu berkata dalam bahasa Melayu “Jangan pukul saya macam ini saya sedang mengandung.”

Seorang doktor di Wad Kecemasan Hospital Mersing telah memeriksa Norzielawati dan mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian Norzielawati ialah hentakan kuat dengan benda tumpul pada kepala dan si mati juga mempunyai 47 kecederaan lain di badan seperti kesan lebam, luka dan kelupasan.

Pemeriksaan dalaman juga menunjukkan bahawa si mati mengandung enam bulan.

Dalam rayuan hari ini, peguam Muhammad Faizal, Subash Ramasamy memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya dan si mati merupakan sepasang kekasih dan pertengkaran itu merupakan pertengkaran pasangan sedang bercinta .

Beliau berkata sabitan Muhammad Faizal kerana membunuh adalah tidak selamat dan meminta mahkamah meminda pertuduhan kepada kesalahan membunuh tanpa niat kerana Muhammad Faizal tidak mempunyai hasrat untuk membunuh si mati.

Timbalan pendakwa raya, Nurshafini Mustafha berhujah bahawa Muhammad Faizal mempunyai niat mencederakan si mati dan bentuk kecederaan pada tubuh si mati biasanya membawa kepada kematian.

Muhammad Faizal mempunyai satu lagi peluang untuk merayu iaitu di Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: hukuman matikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd