• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafizh Syahrin Raih Empat Mata Di Le Mans

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba ‘rookie’ MotoGP Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan aksi meyakinkan untuk meraih mata kejuaraan dalam Grand Prix Perancis di Le Mans, pada Ahad.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu mencatat 42 minit 24.735 saat untuk menduduki tempat ke-12 dalam perlumbaan sejauh 27 pusingan itu.

Pencapaian itu menyaksikan Hafizh Syahrin memperoleh empat mata dan kini berada di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan mengumpul 13 mata.

“Pada perlumbaan ini saya berasa amat baik, namun sedikit mengecewakan kerana melakukan permulaan buruk dan kemudian berada di belakang kumpulan yang perlahan dan perlu memintas mereka seorang demi seorang.

“Saya tahu kelajuan jentera saya sangat bagus dan merasakan boleh berada dalam kelompok 10 terbaik, namun sukar memintas di litar ini dan kita juga perlu benar-benar berani untuk memintas di selekoh pertama. Saya sudah mencubanya banyak kali, namun akhirnya saya terlepas mengejar kumpulan di hadapan.

“Pengalaman cukup bagus dan saya akan cuba belajar dan memahami untuk perlumbaan seterusnya. Saya rasa saya kembali mendapat keyakinan dan berharap dapat sekali lagi mempamerkan aksi terbaik di Mugello. Saya akan kekal fokus dan berusaha keras dengan keadaan fizikal dan tunggangan saya,” kata Hafizh Syahrin seperti dipetik dalam laman sesawang pasukan berkenaan.

Pencapaian terbaik Hafizh Syahrin selepas lima pusingan kejuaraan tersebut setakat ini adalah menduduki tempat kesembilan pada perlumbaan pusingan kedua di Argentina, bulan lepas.

Sementara itu seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia, meraih mata kejuaraan pertamanya musim ini, selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 dalam saingan Moto2.

Beliau kini menduduki tempat ke-25 dalam carta kedudukan Moto2, dengan mengumpul satu mata.

Dalam kategori Moto3, ia sesuatu yang mengecewakan buat pelumba Petronas Sprinta Racing Adam Norrodin apabila terkeluar daripada saingan dengan berbaki satu pusingan perlumbaan. – BERNAMA

Tags: Hafizh Syahrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

11/07/2019
0

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan...

MotoGP: Litar Kering Pilihan Hafizh Di Sepang

31/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar yang kering di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd