• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Lari Sekatan Jalan Dipenjara 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG — Seorang pemandu lori yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dari Kajang ke Subang Jaya dan melanggar beberapa buah kenderaan dua minggu lepas, sehingga video insiden itu tular di laman sosial, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu ke atas Nik Muhamad Khairul Azhar Nik Azmi, 28, selepas tertuduh yang berbaju T hijau muda dan memakai penyangga leher mengaku bersalah atas empat pertuduhan iaitu memandu lori secara berbahaya, melakukan cubaan bunuh dengan cuba melanggar anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan melakukan perbuatan khianat.

Selepas kesemua pertuduhan dibacakan, Nik Muhamad Khairul Azhar yang kelihatan bersahaja di kandang tertuduh menjawab “saya mengaku salah puan” sambil tersenyum ke arah tertuduh lain di sebelahnya sehingga Majistret Nor Afidah bertanyakan kepada peguam Nor Asyikin Zakaria yang mewakili tertuduh adakah anak guamnya itu sihat mental dan fizikalnya.

Peguam itu kemudiannya memaklumkan anak guamnya sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Bagi pertuduhan memandu lori secara berbahaya, Nik Muhamad Khairul Azhar dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sekiranya dia memiliki lesen memandu, lesennya digantung selama tiga tahun bermula hari ini dan jika tertuduh tidak memiliki lesen memandu, dia hilang kelayakan untuk memiliki lesen tersebut, juga bermula hari ini.

Dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan cubaan membunuh, penjara setahun bagi pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas dan penjara dua tahun bagi pertuduhan melakukan khianat, menjadikan jumlah hukuman penjara bagi empat pertuduhan adalah 10 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei lepas.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis menjalankan sekatan jalan raya di Kajang dan mengarahkan lori yang dipandu tertuduh berhenti kerana membawa muatan melebihi had namun tertuduh memecut untuk lari dari lokasi sekatan.

Anggota polis yang menaiki motosikal kemudian cuba memintas lori tersebut namun lori itu menghimpit dan cuba melanggar anggota polis dan melanggar beberapa kenderaan lain.

Tertuduh terus memandu sehingga memasuki Subang Jaya, melanggar beberapa kenderaan lain sehingga anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori yang kemudian terbabas merempuh pencawang elektrik sebelum tertuduh berjaya ditahan.

Ketika rayuan, peguam Nor Asyikin memberitahu mahkamah tertuduh yang berkahwin dan mempunyai tiga anak kecil telah insaf dan memohon maaf kepada semua pihak terlibat dan merayu hukuman ringan serta berjanji tidak mengulangi kesalahannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suraya Ahmad memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira tindakan dilakukan tertuduh adalah tindakan berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang awam selain bagi memberi pengajaran kepada semua masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang. — BERNAMA

Tags: pemandu lori
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd