• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: Guan Eng, Phang Kemuka Representasi

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Ramkarpal berkata pihaknya akan mengemukakan representasi itu dalam masa terdekat bagi memohon Jabatan Peguam Negara menyemak semula pertuduhan tersebut dan seterusnya menggugurkannya.

Sehubungan itu beliau memohon satu tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan perkembangan kes itu dan permohonan sama turut dimaklumkan peguam Phang iaitu Datuk V. Sithambaram yang memberitahu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membuat representasi bagi menyemak dan menarik balik pertuduhan yang dihadapi Phang.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan pihaknya belum menerima permohonan representasi terbabit dan tidak membantah untuk penangguhan kes tersebut.

Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua peguam itu dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes tersebut bagi menyelesaikan segala isu mengenai representasi.

Hadhariah berkata berikutan peguam kedua-dua tertuduh yang memohon perbicaraan kes ditangguhkan bagi melaksanakan urusan representasi, mahkamah tidak boleh menahan sekiranya pihak peguam tertuduh mahu menjalankan proses berkenaan.

“Semasa pilihan raya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng tidak hadir dan kes ditangguhkan. Sekarang perkembangan terbaharu YAB Lim mengangkat sumpah pada hari ini sebagai Menteri Kewangan manakala peguam Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Ada banyak perubahan. Peguam pula memohon penangguhan bagi memohon representasi. Mahkamah tidak boleh menahan untuk pihak peguam membuat permohonan ini, dan kita tidak tahu berapa lama, mahkamah tidak ada pilihan selain menangguhkan kes ini,” katanya.

Pada 9 April lalu, perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang turut ditangguhkan berikutan Lim perlu membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 walaupun penangguhan itu dibantah pihak pendakwaan.

Pada prosiding hari ini Lim dan Gobind yang mengetuai barisan pembelaan bagi Lim tidak hadir di mahkamah kerana mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara.

Setakat ini hanya dua hari perbicaraan kes itu berlangsung pada 26 dan 27 Mac lepas kerana pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan kes atas alasan Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentangan usul persempadan semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.

Sehingga kini pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dan dijangka akan memanggil 29 lagi saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPhang Li Koon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd