• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Mahu Ulangi Kemenangan Ke Atas KL

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Beraksi pada bulan Ramadan bukan penghalang bagi pasukan Kelantan yang dibarisi pemain muda untuk sekali lagi mencatat kemenangan ke atas Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selasa ini.

Pemain tengah skuad The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat,19, berkata kebanyakan rakan pasukannya akan menghadapi pengalaman pertama beraksi ketika bulan puasa, namun mereka yakin mampu memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

“Kami mahu mengulangi kemenangan 4-2 ke atas pasukan Kuala Lumpur di Kota Bharu pada perlawanan dua minggu lepas berikutan rata-rata pemain berjaya meningkatkan prestasi permainan masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Akif Syahiran berkata keyakinan pasukannya memperoleh tiga mata di tambah dengan kehadiran seorang lagi pemain import di bahagian pertahanan dari Tunisia Alaeddine Bouslimi.

“Sekarang pasukan TRW mempunyai pemain import baharu, Alaeddine Bouslimi yang akan berganding dengan Cassio Francisco (Brazil) bagi mengekang asakan daripada pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, Nik Akif Syahiran berkata persiapan untuk perlawanan tersebut sedikit meletihkan berbanding persediaan pada bulan biasa.

“Pemakanan dan rehat tidak seperti biasa, kami kena jaga makan ketika berbuka puasa bagi mengelak menghadapi masalah ketika latihan yang bermula pada 10 malam,” katanya.

Penjaga gol TRW Mohammad Fikri Che Soh yang juga beraksi buat kali pertama pada bulan puasa, berharap rakan sepasukannya mampu melakukan terbaik untuk menang pada perlawanan tersebut. – BERNAMA

Tags: TRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd