• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Luah Rasa Hati Ulas BN Kalah Akibat Fitnah

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, buat pertama kali ‘meluahkan rasa hati’ di khalayak ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.

Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.

Beliau mendakwa penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan serentak UMNO cawangan-cawangan dan mesyuarat pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Pekan di sini, hari ini.

Najib seterusnya berkata keluarga beliau juga dijadikan sasaran terutama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.

Sedangkan, menurut Najib, tidak pernah sekali pun beliau mengatakan ‘tunggu dulu, saya perlu tanya isteri’ kerana semua keputusan melibatkan pentadbiran negara atau parti diputuskan pada mesyuarat Kabinet atau pun Majlis Tertinggi parti.

Walaupun sedih dengan kekalahan itu, Najib berkata sebagai seorang mengamalkan prinsip demokrasi beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menyerahkan kuasa dengan baik.

Katanya luahan hatinya itu dibuat di Pekan, kerana penduduk di sini mengenali dirinya yang sudah 42 tahun berkhidmat di daerah ini, tempat bermulanya karier beliau dalam arena politik.

Dalam pada itu, Najib berkata selama lebih 60 tahun memerintah negara, UMNO dan BN berjaya mengangkat Malaysia daripada sebuah negara serba daif dan kekurangan dari segi ekonomi dan material menjadi sebuah negara yang berjaya.

Hal itu, kata beliau, tidak dapat dinafikan kerana Malaysia kini telah mencapai kejayaan amat membanggakan sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pelbagai peringkat.

“Di mana-mana sahaja keadaan dahulu, termasuk kita di Pekan berada dalam keadaan serba daif dan kekurangan, sekarang bertukar wajah, sekarang jadi negara yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata kehidupan rakyat di negara ini juga banyak berubah apabila anak-anak mendapat peluang pendidikan yang sama rata sehingga ramai yang melanjutkan pengajian di luar negara dan mampu menjadi doktor, jurutera serta ilmuan dalam bidang agama.

Ini merupakan majlis pertama yang dihadiri Anggota Parlimen Pekan itu selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei, membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakfitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd