• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Renjer Safari Cedera Akibat Bergelut Dengan Beruang

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang Senior Renjer Safari dari Bukit Gambang Safari Park cedera di muka dan kaki akibat bergelut dengan seekor beruang jantan kira-kira 12 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Komunikasi, Bukit Gambang Safari Park, Renjer Ishak Rashid, 51, yang berasal dari Kedah, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat.

“Kami tidak mahu dia diganggu, kami percaya beliau masih dalam keadaan terkejut setelah melalui insiden ini. Kejadian ini juga tidak boleh dijangka kerana beruang ini merupakan haiwan liar,” menurut kenyataan tersebut.

Kejadian berlaku semasa Ishak, yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan sejak lima tahun lepas, menjalankan rutin harian pembersihan sangkar beruang.

Penyelak pintu pagar telah terbuka akibat gegaran daripada beruang tersebut manakala kunci pendua pula yang merupakan prosedur keselamatan, tidak dipasang atas kekhilafan, jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan akan mengkaji semula prosedur keselamatan supaya aspek keselamatan diambil berat oleh semua pihak bagi mengelak peristiwa itu daripada berulang.

Laporan juga dibuat kepada Polis Bantuan yang menjaga di kawasan itu dan kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. – BERNAMA

Tags: BERUANGrenjerSafari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

08/12/2025
0

Penjaga Selamat, Punca Didakwa Berkait 'Food Drive’ HANGZHOU – Rakaman video selama 46 saat yang tular di media sosial memaparkan...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd