• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Cari Anggota Tentera Hilang Selepas Bot Terbalik

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Gerakan mencari seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama seorang lagi rakannya terbalik di Ulu Sungai Endau di Kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing, semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Mohd Alias Husin berkata operasi mencari Hamdan Hassan, 41, anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang, disambung semula pada pukul 9.30 pagi tadi selepas pencarian sejak semalam ditangguhkan 7 malam tadi.

“Pencarian hari ini disertai 18 anggota bomba termasuk Unit Skuba, 33 tentera, sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam dan lima anggota polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Alias berkata setakat ini cuaca di kawasan sekitar adalah baik dan operasi berkenaan dijangka diteruskan sehingga pukul 6.30 petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohamed Shahar Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi. Seorang berjaya diselamatkan dan seorang lagi masih hilang,” katanya.

Difahamkan Hamdan hilang ketika cuba berenang ke tebing sungai tersebut semasa bot berkenaan terbalik manakala rakannya, Zainuddin Ibrahim, 41, berjaya diselamatkan penduduk setempat selepas terlihat dia berpaut pada bahagian bot yang hanyut.

Dikatakan mereka ke sungai berkenaan untuk memancing. – BERNAMA

Tags: Bombalemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd