• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Wan Azizah Bertemu PM Singapura

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri Malaysia, hari ini mengunjungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di sebuah hotel terkemuka di sini.

Dr. Wan Azizah yang diiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Ketua Umum PKR mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Lee dan isterinya Ho Ching.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr. Wan Azizah berkata ia merupakan satu penghormatan untuk bertemu Lee dan isterinya dan bahawa pertemuan itu merupakan pertemuan yang “baik”.

“Perbincangan turut menekankan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sebagai negara berjiran di rantau ini,” katanya.

Terdahulu, Lee mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pertemuan pertama mereka selepas Dr. Mahathir kembali menerajui negara susulan kemenangan Pakatan Harapan pimpinannya dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.

Sementara itu, Anwar berkata beliau berbesar hati dapat bertemu Lee, yang sudah dikenalinya semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

“Bagi saya, amat berbesar hati dapat bertemu dengan Lee. Pada asasnya kami percaya akan hubungan dua hala yang lebih erat dengan Singapura berikutan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menegaskan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien Loong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peningkatan Inflasi Masalah Paling Serius Buat Dunia

23/05/2022
0

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu disampaikan...

PM Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

29/11/2021
0

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd