• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haqiem Rancang Bawa Ibu Sambut Raya Di Sydney

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Aidilfitri pada tahun ini pasti memberikan pengalaman yang cukup berbeza buat penyanyi, Haqiem Rusli apabila merancang untuk meraikannya di luar negara.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi itu berkata, dia akan menyambutnya di Sydney, Australia bersama ibu tercinta iaitu Nazrah Ahmad Nordin.

Malah, kata pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli itu lagi, ia merupakan kali pertama dia menyambut perayaan Aidilfitri di luar negara.

“Berdasarkan rancangan, ini bakal menjadi pengalaman kali pertama saya sambut hari raya di luar negara.

“Buat masa ini saya belum beli tiket penerbangan lagi, hanya perancangan, cuma kalau jadi saya akan berada di sana beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri,” katanya dipetik sebuah portal online.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa memilih lokasi berkenaan, Haqiem menjelaskan ia juga merupakan sebagai hadiah buat ibunya.

“Sebelum ini saya ke Sydney tidak membawa ibu, jadi kali ini saya sudah berniat untuk membawanya bersama.

“Adalah satu kepuasan sebenarnya sebagai seorang anak untuk berkongsi apa yang kita ada kini,” jelas Haqiem. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Haqiem Rusli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Lagi Saya Perlu Buat? – Haqiem Rusli

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - “Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam....

“Terasa Macam Dia Orang Syok Sendiri…” – Haqiem Rusli

21/11/2018
0

KONTROVERSI yang melanda nama penyanyi remaja Haqiem Rusli sebelum ini menyebabkan dia sering menjadi sasaran haters (pembenci) yang sering melemparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd