• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Aktivis Wanita Ditahan Pihak Berkuasa Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan tujuh aktivis wanita berpengaruh, beberapa minggu sebelum larangan memandu untuk golongan wanita ditarik semula.

Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) dalam kenyataan mereka berkata, faktor penahanan itu tidak diketahui namun mereka pernah dimaklumkan oleh seorang aktivis pada September 2017 bahawa beliau telah diberi amaran untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.

“Amaran itu diberikan pada hari yang sama dengan pengumuman penarikan semula larangan memandu terhadap golongan wanita oleh pihak berkuasa Arab Saudi,” kata badan pemantau berkenaan.

Antara aktivis ditahan sejak empat hari lalu termasuk Loujain al-Hathloul, Aziza al-Yousef dan Eman al-Nafjan yang sebelum ini lantang membantah larangan memandu serta undang-undang penjaga, iaitu peraturan mewajibkan golongan wanita mendapat kebenaran daripada bapa, abang, adik lelaki, suami atau anak lelaki sebelum membuat keputusan penting dalam hidup.

Ia termasuk pada perkara seperti membuat pasport antarabangsa, melancong ke luar negara, melanjutkan pelajaran ke luar negara atas biasiswa kerajaan, melangsungkan perkahwinan atau keluar dari penjara.

Pengarah Pemerhati Asia Barat, Sarah Leah Wilson berkata, kempen reformasi yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed Salman menimbulkan kegusaran di kalangan pejuang reformasi tulen Arab Saudi yang berani bersuara terhadap isu hak asasi manusia atau pemerkasaan wanita.

“Kelihatan di sini bahawa satu-satunya ‘jenayah’ yang dilakukan golongan aktivis ini ialah mahu wanita diberi kebenaran memandu lebih awal sebelum perkara berkenaan mendapat kebenaran Putera Mohammed Salman,” katanya merujuk kepada putera mahkota paling berkuasa itu. – AFP/BH ONLINE

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd