• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Tumpu Agenda Perumahan Seimbang

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata peluang perumahan yang seimbang untuk Bumiputera di kawasan bandar besar adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

Selain itu, katanya, hak golongan minoriti, orang asal dan warganegara lain agar mereka juga menikmati kediaman selesa akan turut diberi perhatian.

Zuraida merupakan antara 13 menteri dinamakan dalam barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini.

“Alhamdulillah saya menerima berita pelantikan sebagai menteri Kabinet yang diumumkan sebentar tadi dengan penuh rasa rendah diri dan bersyukur.

“Kini saya berpeluang untuk meneliti segala dasar dan pelaksanaan kementerian terbabit dengan lebih mendalam. Saya yakin banyak penambahbaikan dan cadangan dengan substantif dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Zuraida, 60, yang juga Ketua Wanita PH, melihat reformasi dalam perkhidmatan perbandaran yang selamat dan mesra gender, manakala pemberdayaan komuniti akan diberi penekanan utama selaras dengan kepesatan perubahan dalam negara.

Pengerusi Institut Wanita Berdaya itu yang dilahirkan 14 Mac, 1958, dan mendapat pendidikan tinggi pertamanya dalam bidang Sarjana Muda Sains Sosial di Singapura selain mendapat pendidikan dalam Program Kajian Pemasaran Lanjutan di Taiwan.

Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia dan menyandang jawatan sebagai Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun pada 1987.

Zuraida juga merupakan pengasas dan pengerusi WIRDA yang merupakan Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan wanita.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, Zuraida mempertahankan kerusi Parlimen Ampang setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Leong Kim Soon dan dua calon lain dengan majoriti besar sebanyak 41,956 undi.

Zuraida memperolehi 54,307 undi berbanding Leong yang mendapat 12,351 undi, calon PAS, Nurul Islam Mohamed Yusoff (9,598) dan calon PRM (294). – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd