• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 3 Beradik Disemadi Satu Liang Lahad

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK — Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah di Bagan Datuk petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap di sini malam ini.

Jenazah ketiga-tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 malam ini, sebelum pengebumian selesai kira-kira pukul 10 malam.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang datang memberi penghormatan terakhir sebelum mereka disemadikan.

Sebelum itu, jenazah tiga mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira pukul 7.30 petang selepas selesai proses bedah siasat, dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital berkenaan.

Ketiga-tiga jenazah kemudian dibawa dengan sebuah van jenazah menuju ke Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, seorang suspek yang dikenali Rambo oleh penduduk setempat dipercayai di bawah pengaruh dadah bersenjatakan parang telah menceroboh rumah dan melibas ketiga-tiga beradik malang itu hingga mengakibatkan kematian.

Ibu mangsa Zuraidah Md Ali, 35, yang turut berada di rumah itu turut cedera parah setelah ditetak di bahagian ibu jari tangan kiri, muka dan kedua-dua belah peha dan kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

Selepas kejadian pertama itu, suspek berumur 35 tahun itu telah menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad, berdekatan rumah mangsa, dan menyerang tiga lagi mangsa hingga mendatangkan kecederaan.

Tiga mangsa berkenaan ialah kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru agama Redhuan Embi, 32, yang kebetulan melalui kawasan itu ketika kejadian. – BERNAMA

Tags: amuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Amuk Bawa Kapak Ditahan

19/07/2019
0

LELAKI berusia 34 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mengamuk dengan bersenjatakan kapak dalam kejadian di sebuah...

Lelaki Amuk, Ugut Isteri Guna Parang & Bom Di Kluang

27/09/2018
0

KLUANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd