• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati Beli Ikan Keli, Bimbang Sumber Dari Kolam ‘Babi’

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

“Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya. Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Abdul Khalil berkata kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.

Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram. – BERNAMA

CARA PENIAGA CINA TIPU BERAT IKAN…

Post by MyNewsHub.
Tags: Ikanstatus halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd