• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grab Malaysia Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Grab Malaysia bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang baru ditubuhkan berhubung cadangan menyemak semula akta sedia ada bagi melindungi perkhidmatan e-hailing dan teksi.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata hasrat kerajaan untuk menyemak semula akta itu dilihat sebagai komitmen mereka dalam memberikan layanan yang adil selain menjaga kepentingan komuniti yang lebih luas.

“Jika anda lihat apa yang pemimpin kita sering utarakan, beliau (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) memulakannya dengan menyatakan ‘Saya pada asasnya mahu membuat perubahan dan adil kepada semua rakyat’.

“Satu daripada perubahan itu ialah semakan semula bagi memastikan kita menjaga kebajikan semua segmen rakyat dan satu daripadanya ialah komuniti pemandu teksi kita,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Masa Depan Grab, di sini hari ini.

Goh berkata semangat dan komitmen Grab Malaysia tidak berubah dan mereka bersedia untuk menyumbang ke arah perubahan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat.

Dr. Mahathir dilaporkan berkata ada keperluan untuk undang-undang semasa dikaji termasuk Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial 2017 bagi membolehkan kedua-dua pihak (Grab dan teksi) turut dibela. – BERNAMA

Tags: Grab MalaysiaKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bisnes Roti John Buat Syamel Belajar Erti Kehidupan

Next Post

Polis Shah Alam Tumpas 4 Geng Curi Motosikal

Related Posts

RMK13: Kerajaan Peruntukkan RM611 Bilion, RM430 Bilion Babit Dana Kerajaan

RMK13: Kerajaan Peruntukkan RM611 Bilion, RM430 Bilion Babit Dana Kerajaan

31/07/2025
0

Kuala Lumpur : Kerajaan memperuntukkan RM611 bilion untuk menjayakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan RM430 bilion membabitkan dana kerajaan. Perdana...

RMK13: Kerajaan Teruskan Insiastif STR, SARA

RMK13: Kerajaan Teruskan Insiastif STR, SARA

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Inisiatif bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dalam Rancangan...

Next Post

Polis Shah Alam Tumpas 4 Geng Curi Motosikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd