• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kekurangan Bekalan Petrol & Diesel Di Miri

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Miri hari ini menafikan bahawa wujud masalah kekurangan bekalan petrol diesel di bandar raya ini sejak semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Alexander Averon Suwin memperjelaskan bahawa hanya dua buah stesen minyak milik Petronas dan Shell dilaporkan menghadapi masalah menjual bekalan kepada pengguna di sini.

Beliau berkata pemeriksaan di stesen Petronas di Lambir mendapati petrol RON95 dan diesel kehabisan stok sejak petang semalam.

Bagaimanapun, bekalan dijangka pulih apabila stesen itu menerima sebanyak 28,000 liter petrol dan 10,000 liter diesel hari ini, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata punca utama kekurangan petrol dan diesel di stesen berkenaan adalah disebabkan lori tangki minyak tidak menghantar bekalan RON95 dan RON97 dari Bintulu semalam.

Alexander berkata stesen kedua milik Shell di Lambir tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan tetapi mengalami masalah teknikal sehingga memaksa pemilik menjalankan operasi secara manual.

Bagaimanapun, katanya, masalah teknikal di stesen berkenaan dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua jam.

Beliau menegaskan bahawa pengguna tidak perlu panik kerana buat masa ini bekalan petrol dan diesel di 24 buah stesen di bandar raya ini adalah lebih mencukupi. – BERNAMA

Tags: KPDNKKPetrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd