• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Rampas 240 Kg Ketum Dekat Padang Terap

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pasukan Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (RRD) merampas 240 kilogram daun ketum bernilai RM21,600 dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, hari ini.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Abdul Aziz Ismail, berkata rampasan itu dilakukan sepasukan anggota selepas membuat rondaan berhampiran Pos Sahara dekat Padang Terap pada jam 11.30 pagi.

Beliau berkata daun ketum itu ditemui di dalam sembilan guni putih di kawasan semak dan pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan berhampiran tidak menemui orang awam.

“Pemeriksaan pada guni itu menemui 1,250 ikat daun ketum di dalam guni tersebut yang kemudian kita rampas untuk tindakan selanjutnya…kita percaya daun itu ditinggalkan sementara sebelum diseludup keluar pihak lain ke negara jiran melalui pagar sempadan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Aziz berkata pasukan berkenaan diminta agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan walaupun di bulan Ramadan ini kerana dipercayai aktiviti penyeludupan kemungkinan akan meningkat ekoran permintaan daun ketum yang tinggi di negara jiran.

Beliau berkata daun ketum yang dirampas dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: ATMketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd