• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 5 Tahun Diberi Dadah Oleh Penculik, Kini Stabil

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menjadi mangsa culik bulan lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

BACA: Budak Kena Culik Di Klang Ditemui Polis Khayal Diberi Dadah

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata kanak-kanak itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

“Kanak-kanak itu memberi reaksi positif. Namun kita masih menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti jenis dadah yang diberikan (penculiknya) kepada mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital, didapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu bersama 20 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di HTJ hari ini.

Beliau berkata polis bagaimanapun belum merakam keterangan mangsa dan keluarganya.

“Kita tunggu dia selesai menerima rawatan dan keluar dari hospital terlebih dahulu, sebelum kita mengambil keterangan,” kata Kamarul Zaman.

Polis menyelesaikan kes penculikan itu dengan menangkap enam suspek lelaki dalam dua serbuan di Port Dickson dan Subang, Selangor dua hari lalu.

Kanak-kanak itu diculik dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Maznah, Klang pada 2.10 pagi 22 Januari lepas, ketika mangsa sedang tidur bersama ibu dan adiknya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd