• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bimbang Penurunan Penarafan Kredit – PM

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia tidak perlu bimbang ke atas sebarang potensi penurunan penarafan kredit disebabkan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), memandangkan negara dijangkakan memperoleh keuntungan daripada harga minyak yang lebih tinggi, selain pengurangan perbelanjaan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“(Ini) Bajet (2018) disediakan semasa minyak berharga AS$52, (tapi) kini AS$70 setong, kita akan membuat keuntungan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata mekanisme penetapan hasil telah diambil kira semasa kerajaan memutuskan untuk menurunkan kadar GST daripada enam peratus kepada kadar sifar peratus.

Beliau juga berkata turun naik harga minyak, yang akan memberi impak ke atas hasil kerajaan, sudah diambil kira semasa memutuskan untuk memperkenalkan semula subsidi petroleum.

“Apa yang kami putuskan ialah tidak lagi ada perubahan atau turun naik harga petroleum, yang kini bertukar setiap minggu.

“Ini suatu perniagaan yang distruktif kepada pembeli dan penjual, oleh itu sekarang ia kekal statik, namun jika kami perlu beri subsidi, maka kami akan memberikan subsidi,” katanya.

Agensi penarafan antarabangsa – S&P Global Ratings, Moody’s Investors Service dan Fitch Ratings – berkata kadar sifar GST akan mengekang pendapatan kerajaan jika tiada langkah untuk menambah pendapatan.

Ditanya mengenai unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak mempunyai unjuran buat masa ini, kerana masih menyemak semula angka-angka penting yang akan menentukan kedudukan ekonomi sebenar.

“Mengenai angka dan kedudukan kewangan negara, saya mendapati banyak angka yang tidak benar.

“Kami perlu menentukan kedudukan sebenar (sebelum membuat sebarang unjuran),” katanya.

Pada Mac, Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada 5.5-6.0 peratus berbanding 5.0-5.5 peratus.

Bulan lepas, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK ke atas Malaysia kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya.

Hari ini, BNM mengumumkan KDNK tumbuh 5.4 peratus bagi suku pertama 2018. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd