• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bot Nelayan Vietnam Ditahan

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim DM 9 Negeri Terengganu Kapten Maritim Rahim Ramli berkata kedua-dua bot itu yang disyaki bot klon dan menggunakan nombor pendaftaran tempatan bertujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa ditahan pada tengah malam dan petang hari sama, masing-masing di kedudukan kira-kira 100 dan 31 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Beliau berkata turut ditahan 18 awak-awak termasuk dua tekong warga Vietnam berumur antara 30 dan 40 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kami percaya bot pertama baru dua hari berada di perairan negara berdasarkan hasil tangkapan ikan yang tidak banyak iaitu 500 kilogram. Bot kedua pula dipercayai baru sehari berlabuh di sini kerana masih belum ada hasil tetapi dipercayai beroperasi menangkap gamat berpandukan peralatan khas yang ditemukan dalam bot mereka.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua bot, 5,000 liter diesel dan ikan ialah RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat DM 9, di sini hari ini.

Rahim berkata nelayan Vietnam tersebut menggunakan kesempatan musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menceroboh perairan kerana beranggapan semua anggota penguat kuasa bercuti bagi meraikan kemenangan.

“Mereka (nelayan) juga mengikuti perkembangan tanah air dan mengakui berani memasuki perairan kerana menyangkakan semua pihak sibuk dengan PRU14, malah ada antara mereka ketika disoal siasat memberi alasan mahu mengundi sedangkan sah -sah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.

Semua nelayan tersebut akan direman dua minggu dan bakal didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.

Dalam pada itu, beliau berkata pada tahun ini, APMM Terengganu menahan 21 bot warga asing yang beroperasi secara haram dengan 13 daripadanya di Kemaman dan lapan di Kuala Terengganu. – BERNAMA

Tags: APMMBot Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd