• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia 2018 – ‘Fadhil Kena Kerja Keras’

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Pelumba trek negara, Mohd Fadhil Zonis mengakui tiada tempat automatik, sebaliknya perlu bekerja keras bagi mendapatkan tiket ke Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Ogos depan.

Jelasnya, semua pelumba termasuk dirinya kini bersaing sengit bagi membuktikan kemampuan kepada ketua jurulatih, John Beasley menjelang temasya itu yang hanya tinggal kira-kira tiga bulan lagi.

“Saya mahu mendapatkan tempat dalam apa acara sekalipun kerana kini ramai pelumba yang bersaing untuk merebutnya. Saya tidak boleh selesa dan perlu bekerja keras terutamanya mengikuti perancangan yang ditetapkan jurulatih.

“Kami dalam fasa membina kekuatan otot dengan latihan keras dan ia bakal lebih mencabar menjelang Ramadan esok (hari ini),” jelasnya.

Selain jaguh utama, Azizulhasni Awang, Malaysia kini mempunyai lima pelumba bagi acara pecut termasuk Shah Firdaus Sahrom, Muhamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Khairil Nizam Rasol.

Keputusan terletak kepada Beasley untuk menyenaraikan jumlah pelumba yang diperlukan terutama dalam merencanakan trio terbaik bagi acara pecut berpasukan.

Fadhil antara pelumba muda yang diberikan pendedahan di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu dan dia dilihat antara paling menonjol dalam kalangan muka baru.

Pelumba itu dilihat menjadi taruhan terbaik Beasley untuk melengkapkan trio pecut berpasukan bergandingan bersama Azizulhasni dan Shah Firdaus. – Metro Online

Tags: pelumba basikalSukan Asia 2018
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azizulhasni Ranking Pertama Keirin Dunia

23/01/2020
0

PELUMBA basikal elit negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo apabila kini menghuni ranking pertama dunia dalam...

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd