• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Elyas Omar Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada 11.35 pagi tadi.

Lebih 300 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat Allahyarham berada di tanah perkuburan itu bagi memberikan penghormatan terakhir.

Antara yang hadir ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Terdahulu, jenazah Elyas dimandi dan dikafankan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang Jaya sebelum disolatkan.

Allahyarham yang dilahirkan pada 16 November 1936 di Pulau Pinang, meninggal dunia pada 7.15 malam semalam akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Elyas, 82, pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985 hingga 1993, dengan rekod kejayaan membantu negara menjulang Piala Thomas pada 1992.

Allahyarham juga pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan membimbing pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989.

Elyas dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga pada 1981 dan berkhidmat sehingga 1992 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan pada Januari 2005 hingga April 2008. – BERNAMA

Tags: jenazahTan Sri Elyas Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd