• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Muka Baharu Dilantik Exco Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lima muka baharu dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang bagi penggal kali ini.

Mereka ialah tiga wakil DAP – Soon Lip Chee (Dewan Undangan Negeri Jawi), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong dan Zairil Khir Johari (Tanjong Bunga) dan dua daripada PKR iaitu Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Pinang Tunggal) dan Datuk Abdul Halim Hussain (Batu Maung).

Majlis pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus serta barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Pada majlis itu, lima lagi bekas Exco penggal lalu dilantik semula untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri iaitu Prof Dr P. Ramasamy (Perai), Chong Eng (Padang Lalang), Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Phee Boon Poh (Sungai Puyu) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).

Ahmad Zakiyuddin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang baharu menggantikan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang kini mewakili kerusi Parlimen Batu Pahat manakala Ramasamy dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Ahmad Zakiyuddin turut mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat manakala Ramasamy kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, Soon Lip Chee mengetuai Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang sebelum ini di bawah portfolio Chong Eng sementara Yeoh Soon Hin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri menggantikan Danny Law Heng Kiang yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Abdul Halim pula memegang Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan menggantikan Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang kini dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang manakala Zairil Khir Johari dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir yang sebelum ini diketuai oleh Chow.

Empat lagi Exco yang dilantik semula itu masing-masing kekal mengetuai portfolio yang disandang pada penggal lalu kecuali Chong Eng yang kini mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama selain Islam.

Jagdeep dilantik semula mengetuai Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa; Phee (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Dr Afif (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar). – BERNAMA

Tags: ExcoKerajaan Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd