• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Faizal Tahir Adakan Konsert Solo Tercapai

oleh Haris
16/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS beberapa kali ditangguhkan, penyanyi, Faizal Tahir mengesahkan bakal mengadakan konsert solonya yang akan dilangsungkan pada 3 November depan.

Jelas Faizal, selepas lama memendam hasrat tersebut, dia teruja akhirnya kini mendapat tarikh yang sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

Menurutnya, tarikh tersebut sangat tepat baginya untuk membuat persediaan rapi menjayakan konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan ditaja oleh Star Planet dengan kerjasama Warner Music.

“Perancangan mengadakan konsert itu sebenarnya sudah dimulakan selepas album saya Anatomi dilancarkan. Bagaimanapun susah untuk mendapat tarikh yang sesuai disebabkan tidak kena pada masanya.

“Saya menetapkan tema ‘moved’ untuk konsep persembahan nanti. Saya mahu penonton menari dan tersentuh dengan setiap nyanyian saya,” katanya memetik HMetro Online.

Selain itu, Faizal juga mendedahkan bahawa sebab lain konsert itu tertangguh adalah disebabkan dia sukar mencari masa untuk mempersiapkan diri daripada segi stamina.

Ujar Faizal, perkara itu perlu dilakukan memandangkan dia akan menyampaikan banyak lagu pada malam itu nanti.

“Untuk konsert itu, saya kena ambil masa yang cukup bagi mempersiapkan diri. Saya kena masuk ‘gym’ semula dan bersenam bagi memantapkan stamina.

“Bukan satu atau dua lagu saja saya nyanyikan tapi banyak. Saya tidak mahu nanti persembahan saya kurang bertenaga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Faizal mengakui mempunyai satu lagi hasrat yang ingin dipenuhi iaitu menjemput penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta beberapa artis lain pada konsertnya itu.

“Siti adalah antara artis yang ingin saya jemput. Tidaklah ramai sangat hingga ‘menenggelamkan’ saya sebagai fokus utama konsert itu,” kata Faizal.

Faizal ditemui pihak media ketika menghadiori majlis pelancaran Kempen Terima Kasih 2018 anjuran Televisyen Media Prima (MPTN) sempena bulan Ramadan.

Menerusi kempen tersebut, Faizal bekerjasama bersama Media Prima untuk menghasilkan sebuah dokumentari muzik menerusi lagu terbaharu ciptaannya, Starfeather.

Lagu berkenaan juga diangkat sebagai lagu tema untuk kempen tersebut yang diadakan untuk kali keduanya selepas turut diadakan ada tahun lalu.

Faizal berkata, dia mendapat inspirasi menggubah lagu berkenaan ketika mengunjungi masyarakat Rohingya di Bangladesh dalam satu misi kemanusiaan dua bulan lepas. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Faizal Tahirkonsert Faizal Tahir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

05/03/2019
0

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani yang disifatkan sebagai individu penting dalam mencorakkan...

Ragaman Bukan Kisah Saya & Isteri – Faizal Tahir

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Faizal Tahir, 39, menolak tanggapan lagu baharunya, Ragaman, dihasilkan berdasarkan kisah rumah tangganya sendiri. Biarpun karya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd