• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cendawan Busut Tumbuh Meliar Selepas Guruh

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Mungkin orang lain tidak terfikir, namun bagi sebuah keluarga, cendawan busut yang tumbuh meliar di kebun sawit Felda Pasoh Tiga di sini, menjadi sumber pendapatan sampingan mereka.

Sahran Siran, 42, dibantu anaknya, Mohamad Norshafiq, 20, dan Mohd Norshariq, berusia tujuh tahun, tidak melepaskan peluang mencari dan mengutip cendawan itu kerana mendapat permintaan tinggi penduduk.

Bagi Mohamad Norshafiq yang masih belajar di sebuah kolej di sini, dia memanfaatkan hari cuti untuk membantu bapanya mengutip tumbuhan itu.

Menurutnya, selain membantu keluarga, hasil jualan cendawan itu menjadi duit poket tambahan baginya. Mengenai cendawan itu katanya, ia didapati banyak tumbuh selepas guruh terutama pada waktu malam.

“Saya tidak tahu kaitan cendawan ini dengan bunyi guruh, tetapi berdasarkan pengalaman memang cendawan tumbuh dengan banyak selepas guruh terutama pada waktu malam.

“Biasanya, selepas guruh berdentum pada waktu malam, saya dan ayah mencari cendawan busut yang tumbuh dengan banyak di dalam kebun sawit pada keesokan pagi.

“Kami perlu masuk ke kebun sawit sebelum matahari terbit supaya cendawan mudah dilihat,” katanya.

Dia berkata, cendawan yang dikutip dibersihkan sebelum diikat untuk dijual kepada orang ramai yang mencarinya untuk dibuat gulai masak lemak cili api atau sup.

Menurutnya, seikat cendawan yang mempunyai 15 tangkai dijual dengan harga RM5. Katanya, dia mampu memperoleh pendapatan hingga RM200 dengan hanya menjual cendawan itu. – myMetro Online

Tags: cendawanPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

06/11/2025
0

️ ‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga! Oleh Mynewshub LUSAKA, 5 November – Di...

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

01/04/2025
1

SUBANG JAYA: Ada penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, mendakwa melihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd