• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain EPL Maut Kemalangan Kereta

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pemain pertahanan Aston Villa dan Bolton, Jlloyd Samuel maut dalam kemalangan kereta.

Persatuan Bola Sepak Trinidad dan Tobago mengesahkan berita sedih itu di laman Facebook mereka dengan berkata kenderaan dinaiki pemain tersebut bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Semasa kejadian berlaku, Samuel dilaporkan baharu sahaja menghantar anaknya ke sekolah.

“Kami menerima berita buruk bahawa bekas pemain kebangsaan kami yang pernah mewakili Aston Villa dan Bolton Wanderers, Jlloyd Samuel meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pagi ini di England.

“Menurut laporan, Samuel sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

‘Persatuan Bola Sepak Trinidad dan Tobago serta bekas rakan pasukan kebangsaannya mengucapkan takziah kepada semua keluarga Samuel sama ada yang berada di Trinidad dan Tobago serta UK,” demikian menurut kenyataan itu.

Pemain berusia 37 tahun itu menghabiskan kariernya di England dan pernah memperkuat Aston Villa selama sembilan tahun sebelum menyertai Bolton.

Selepas karier singkat bersama Cardiff pada 2011, Samuel berpindah ke kelab Iran, Esteghlal selama tiga tahun.

Meskipun dilahirkan di London, Samuel mewakili Trinidad dan Tobaga di peringkat antarabangsa. – mStar Online

Tags: kemalangan mautpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd