• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainol Fadzi Tidak Harapkan Jawatan Exco Perak

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang baharu menyertai Pakatan Harapan tidak terkilan sekiranya tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Bekas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air ketika kerajaan negeri terdahulu itu berkata segala keputusan diserahkan kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

“Saya serahkan kepada MB. Saya tak terkilan kalau tak dilantik sebab saya tak pernah pun meletakkan ini (menyertai PH) sebagai syarat.

“Saya tidak suka bila saya setuju saya letakkan tekanan kerana saya berikan sokongan tanpa sebarang syarat. Jadi saya tidak mahu pihak tertentu menyebarkan pelbagai dakwaan kononnya saya mahukan jawatan,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan minum petang bersama rakyat DUN Sungai Manik di Langkap, di sini petang ini.

Zainol Fadzi mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail memberitahu satu kerusi Exco akan diperuntukkan oleh MB kepada seorang daripada dua wakil Barisan Nasional (BN) yang menyokong penubuhan kerajaan Pakatan Harapan di negeri ini.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak tiga penggal lalu berkata keputusan keluar daripada UMNO dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan atau imbuhan.

Katanya keputusan itu diambil setelah mengambil kira pendapat majoriti daripada rakyat termasuk pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong di sekitar Sungai Manik.

“Keputusan saya (menyertai PH) demi kepentingan rakyat. Ada yang lebih besar dari parti kerana parti tak boleh mengatasi rakyat.

“Saya nampak penolakan rakyat terhadap BN dan kita kena ikut kemahuan rakyat, bukan lagi soal parti.

“Apa akan jadi kepada saya jika saya masih lagi bersama pembangkang (BN)? Saya buka pejabat di sini dan berikan perkhidmatan kepada rakyat selama ini…saya tak mahu pengundi saya jadi mangsa keadaan,” katanya.

Pada Sabtu, Pakatan Harapan memperolehi mandat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 31 kerusi setelah mendapat sokongan dua wakil rakyat BN. – BERNAMA

Tags: Datuk Zainol Fadzi Paharudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Perak Mampu Bekal Air Sehingga Oktober

14/03/2018
0

IPOH - Empangan di Perak mampu membekalkan air untuk kegunaan domestik di seluruh negeri bagi tempoh sehingga enam bulan meskipun...

90,976 Pengguna Nikmati Subsidi Air Sejak 2008

22/11/2017
0

IPOH - Kerajaan Perak telah memberikan subsidi air berjumlah RM8.35 juta kepada keseluruhan 90,976 penerima menerusi Program Air Percuma 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd