• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabika Kemas Di Kedah Tidak Akan Ditutup

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini tidak akan ditutup sebaliknya akan diperkasakan demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata dakwaan kononnya Tabika Kemas akan ditutup selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan adalah tidak benar dan meminta masyarakat agar tidak mempercayai dakwaan tersebut.

“Saya tak tau dari mana datangnya dakwaan kononnya (dengan) kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) Kedah ni, maka Kemas akan ditutup jadi ini satu fitnah yang terlampau besar.

“Saya dah beri jaminan bahawa semua agensi-agensi kerajaan Persekutuan walaupun ditubuhkan zaman Barisan Nasional (BN) dulu yang memberi manfaat kepada rakyat kita akan diteruskan malah ia akan diperkasakan lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kenduri Rakyat dan Kesyukuran Parlimen Jerlun di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Jerlun dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata kakitangan tabika Kemas itu juga tidak akan diberhentikan dan boleh menjalankan tugas seperti biasa.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri baharu di bawah pimpinan PH terus komited untuk meneruskan dasar yang memberi perhatian sepenuhnya kepada pusat tahfiz di negeri ini seperti mana pernah dilakukannya ketika menjadi Menteri Besar daripada BN sebelum ini.

“Zaman saya MB (Menteri Besar) dulu pun saya banyak membantu pondok-pondok dan maahad tahfiz di Kedah ini, jadi sekarang ni pun saya akan teruskan dasar tersebut,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji semula sistem perkhidmatan di peringkat kampung termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya setiap permasalahan rakyat dapat diambil perhatian pihak kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan.

Terdahulu, dalam ucapannya Mukhriz mengajak rakyat tanpa mengira fahaman politik kembali bersatu hati dalam memajukan Kedah agar setanding dengan negeri-negeri maju lain.

“Saya juga telah meminta kepada kerajaan Pusat untuk memberi keistimewaan kepada Kedah dan mereka sudah berjanji dan saya akan tuntut janji itu, saya juga meminta kepada PAS dan BN biarlah kita berurusan penuh berhemah agar sama-sama kita bangunkan negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun MahathirTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

31/05/2023
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang untuk melakukan penstrukturan tangga gaji tenaga berasaskan kelulusan pengajar Taman Bimbingan...

Penjawat Awam Perlu Pertahan Kerajaan

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika Kemas Diketahui Hujung Tahun

16/08/2022
0

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd