• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ozil, Gündogan Dikecam Tunjuk Sokongan Erdogan

oleh
15/05/2018
dalam Politik, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEKUTUAN Bola Sepak Jerman (DFB) telah mengkritik pemain antarabangsanya, Mesut Ozil dan Ilkay Gündogan gara-gara bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Lapor BBC News, kedua-dua pemain kelahiran asal Jerman itu memberi Erdogan jersi yang ditandatangan dalam satu acara di London, Ahad lalu.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai sokongan terhadap presiden itu dalam pilihan raya Turki yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Untuk presiden saya yang dihormati, dengan penuh rasa hormat,” kata Gündogan.

Ozil adalah pemain bagi kelab Arsenal manakala Gündogan bagi kelab Manchester City.

Kedua-dua pemain yang sangat diminati ramai sedang membuat persiapan untuk Piala Dunia FIFA bulan depan di Rusia.

Ramai ahli politik Jerman juga mengkritik tindakan dua orang pemain bola sepak itu serta mempersoalkan kesetiaan mereka terhadap nilai demokratif Jerman.

Presiden DFB, Reinhard Grindel mendakwa Erdogan tidak menyokong nilai-nilai yang ada pada DFB.

“Sebab itulah kami tidak akan membiarkan pemain antarabangsa kami dimanipulasi dalam kempen pilihanraya. Dengan melakukan itu, pemain kami pastinya tidak membantu kerja DFB untuk integrasi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Erdogan pernah terlibat dalam sukan bola sepak bagi pasukan Kasimpasa secara tidak langsung sekitar tahun 1990 sebelum masuk ke kancah politik Turki.

Erdogan telah mengumumkan Pilihan Raya Parlimen dan Presiden negara itu akan diadakan pada 24 Jun ini, setahun lebih awal daripada yang dirancang.

Beliau telah membuat keputusan itu selepas bercakap kepada Ketua Parti MHP, Devlet Bahceli yang dijangka membentuk satu persekutuan dengan Parti AK dalam pemilihan Parlimen. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: ErdoganGündoganOzil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

29/07/2024
1

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd