• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Dunia: Najib Ucap Tahniah Kepada Nicol David

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David yang mencipta rekod dunia baharu apabila dapat bertahan sebagai pemain nombor satu dunia bagi tempoh paling lama.

“Tahniah kpd ratu skuasy negara Datuk @NicolDavid yg mencipta rekod dunia baru 106 bulan di ranking pertama WSA! #RatuSkuasy #QueenofSquash,” katanya dalam Twitter beliau.

BACA: Nicol Cipta Rekod, Juara Skuasy Dunia Paling Lama

Nicol, 31, mencipta rekod dunia baharu apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

Pemain dari Pulau Pinang itu muncul sebagai pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006, mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.

Devoy merupakan bekas juara dunia empat kali dan juara terbuka British lapan kali.

Menurut laman web www.squashsite.co.uk, Nicol memungut 3,446 mata manakala pemain Mesir, Raneem El Welily selaku pemain nombor dua dunia, mengumpul 2,580 mata diikuti pemain dari England, Laura Massaro dengan 2,145 mata.

Rekod itu diumum pada kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York bulan lepas, yang menyaksikan pengerusi kejohanan John Nimick dan pengarah Beth Rasin menyerahkan poster yang ditandatangani kesemua pemain dunia lain kepada Nicol. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakNicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd