SEORANG ibu telah memaparkan keberanian luar biasa dengan menembak seorang lelaki selepas dia mengacukan pistol kearah pelajar dan ibu bapa mereka, di luar sebuah sekolah di Brazil.
Aksi dramatik Katia da Silva Sastre, menembak perompak berusia 21 tahun itu yang sedang mengacurkan pistol .38, telah dirakamkan oleh CCTV sekolah terbabit.
Katia,yang merupakan anggota polis, tidak bertugas pada hari kejadian. Dia melepaskan tiga das tembakan ketika cuba merompak orang ramai di situ.
Perompak itu, Elivelton Neves Moreira, telah ditembak di dada dan kaki. Dia mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.
Meskipun kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di Sao Paulo. Namun video CCTV berkenaan baru ditularkan.
Dalam pada itu, Katia yang telah bertugas selama 20 tahun sebagai anggota polis berkata, dia terpaksa melepaskan tembakan kerana bimbang lelaki itu akan menembak kanak-kanak sekolah di situ, atau ibu bapa dan pengawal keselamatan.
“Saya hanya terfikir untuk melindungi ibu-ibu, anak-anak, diri saya dan anak perempuan saya,’’ kata ibu kepada dua anak tersebut.
Jelas Katia, dia terpaksa bertindak pantas untuk menghalang perompak berkenaan mencederakan orang lain.
Orang ramai memuji tindakan Katia, kerana jika perompak itu mengetahui Katia adalah anggota polis maka sudah pasti dia akan menembak wanita terbabit. – MYNEWSHUB.CC

