• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Hampir Putus ‘Disedut’ Mesin Pengisar

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Tangan kanan seorang lelaki hancur selepas tersepit pada mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Pos, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 29 tahun ketika itu sedang bekerja di bahagian dapur hotel sebelum tangannya tiba-tiba ‘terperosok’ ke dalam mesin itu pada jam 9.50 malam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati tangan kanan mangsa tersepit pada paras pergelangan tangan.

“Semua jari mangsa hancur dan hampir putus akibat kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihak bomba berjaya meleraikan beberapa komponen mesin berkenaan bagi mengeluarkan tangan mangsa.

“Bagaimanapun, jari mangsa masih sukar dikeluarkan dari salah satu komponen mesin itu,” katanya.

Katanya, atas nasihat pasukan perubatan, mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tangan mangsa berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian dan mangsa dilaporkan stabil. – BH ONLINE

Tags: putus tangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Tetak Tangan Bapa Hingga Putus Ketika Bergaduh

29/01/2020
0

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya...

Rompak Tak Berjaya, Tangan Pula Putus Ditetak

29/04/2018
0

PADAH menyamun, seorang lelaki dilibas dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun dua pekerja Indonesia sehingga menyebabkan pergelangan tangannya terputus. Dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd