• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembentukan Kerajaan PH Perak Ikut Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak dapat membentuk sebuah kerajaan negeri mengikut lunas perundangan apabila seorang daripada Anggota Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap gabungan tersebut.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan ADUN Chenderiang berkata pendekatan dibuat itu sekali gus mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

“Perkara utama yang semua kena faham bahawa dua ADUN BN menyokong seorang ADUN itu sebagai menteri besar dan menyebabkan saya mendapat perkenan Tuanku (Sultan Perak) untuk terima menghadap dan angkat sumpah sebagai menteri besar baharu.

“Ini (sokongan ADUN berkenaan) mengikut Undang-undang Tubuh Negeri,” katanya pada sidang media pada hari pertama beliau memulakan tugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, ADUN BN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan ADUN BN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada PH Perak bagi membentuk kerajaan di negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM mendapat 29 daripada 59 kerusi DUN Perak, manakala Barisan Nasional 27 kerusi dan PAS (tiga).

Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, namun kemelut tersebut berakhir Sabtu lepas, selepas dua ADUN BN memilih untuk menyokong PH sekali gus membolehkan pakatan itu mendapat 31 kerusi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak turut mengulangi kenyataan sebelum ini berkenaan barisan Exco kerajaan negeri dijangka dimuktamadkan minggu ini, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Nazrin Shah.

“Dalam masa terdekat, saya akan berbincang dengan parti komponen bagi menyediakan satu senarai barisan Exco untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk diperkenankan penubuhan barisan Exco.

“Proses itu saya percaya akan dapat dibuat seberapa segera. Saya akan cuba selesaikan dalam minggu ini, namun ia juga bergantung untuk mendapat perkenan Tuanku,” katanya.

Ahmad Faizal berkata daripada 10 portfolio Exco kerajaan negeri sebelum ini, dijangka tidak akan mengalami perubahan besar atau perbezaan dan pembahagiannya kepada setiap parti gabungan PH masih dalam perbincangan.

Beliau berkata PH Perak akan memfokuskan untuk menunaikan tanggungjawab melalui manifesto yang dibuat dan akan berbincang bersama pegawai tertinggi negeri untuk melaksanakan dan menyempurnakan janji tersebut.

Antara manifesto yang menggariskan lima teras merangkumi 31 janji itu adalah bantuan khas warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya serta veteran tentera dan polis serta penubuhan institusi pembangunan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan ketrampilan komuniti wanita daripada pelbagai aspek pengurusan diri, keluarga dan kerja. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd