EH dah kenapa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berbaju pengawas sekolah ni?
Rindu zaman persekolahan pulak dah ke?
Oh rupa-rupanya ada sebab Siti pakai baju pengawas tu kerana ingin meraikan sambutan ulang tahun ke-11 penubuhan kelab peminat penyanyi tersohor itu yang digelar Sitizone.
Majlis tersebut mengambil tema alam persekolahan di mana tetamu yang hadir perlu mengenakan pakaian seragam sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.
Turut hadir pada majlis itu ialah suami Siti, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk K dan juga pengurusnya, Rozi.
Jom cuci mata tengok gambar-gambar comel Siti sepanjang majlis itu berlangsung Sabtu lalu! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=VPBmeK4T3pM







