• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Bakal Pindah Kedutaan Esok Ke Baitulmaqdis

oleh
13/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKELIP MATA kita sudah hampir menyambut Ramadan 1439 Hijriah yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun, perlu diingat Amerika Syarikat (AS) sudah menyampaikan mesej yang besar kepada umat Islam untuk memindahan kedutaannya esok di Baitulmaqdis.

Tidak hanya orang Islam, kebanyakan duta daripada Kesatuan Eropah (EU) turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan memboikot tindakan AS ini.

Bagaimanapun, AS tidak menghiraukan pandangan luar sebaliknya tetap terus bertindak dengan menghantar deligasinya hari ini dan akan memulakan urusannya dengan Israel bermula malam ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh anak perempuan presiden AS, Ivanka Trump dan suaminya Jared Kushner, bersama Setiausaha Perbendaharaan, Steve Mnuchin dan 12 anggota Kongres, lapor Haaretz Israel News.

Kira-kira 30 dari 86 duta besar di Israel turut menerima undangan menghadiri majlis pada malam tersebut.

Seterusnya, majlis rasmi pemindahan kedutaan itu yang dijangka esok akan diadakan di daerah Arnona, Israel yang bakal menjadi kawasan kedutaan AS.

Ivanka Trump dan suaminya Jared Kushner bakal menyempurnakan Pemindahan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis.

Salah seorang wakil duta AS ke Israel, David Friedman berkata, keputusan untuk memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis yang ditetapkan adalah sebagai kepentingan buat negaranya itu.

“Ini adalah keputusan yang diambil sendiri oleh AS tanpa ada unsur kepentingan bersama terhadap Israel,” katanya pada Jumaat lalu.

Menurutnya lagi, keputusan itu diambil kononya sebagai satu langkah pendamaian dan kestabilan buat jangka masa panjang.

Baca: AS Sah Pindah Kedutaan Sebelum 1 Ramadan

Ironinya, tindakan AS ini dilihat sebagai tanda sokongan padu kepada Israel tanpa melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap penduduk asal bumi Palestin.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarikh untuk memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis selepas  mengisytiharkan pemindahan kedutaan AS.

Dalam erti kata lain, tindakannya itu telah mengiktiraf kota suci Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel meskipun dibantah keras komuniti dunia pada Disember tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: ASBaitulmaqdiskedutaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd