• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuh Cantik Dipenjara Sehingga 33 Tahun

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA pekerja bar karaoke wanita dipenjara sehingga 33 tahun kerana membunuh rakan sekerja mereka sebelum mayatnya dikerat dan ditanam dalam kubur cetek.

Preeyanuch Nonwangchai, 25, dan Kawita Ratchada, 26, dipenjara 34 tahun setengah kerana membunuh Warissara Klinjui, 23, dengan mencekiknya sehingga mati akibat pertengkaran di Khon Kaen, Thailand utara, pada Mei tahun lalu.

Preeyanuch yang marah selepas Warissara membuat laporan polis menuduh suaminya sebagai pengedar dadah, mendapat bantuan Kawita memujuk mangsa menemui mereka untuk membincangkan hal kerja sebelum membunuhnya.

Mereka kemudian meminta rakan mereka Apiwan Satayabundit, 28, dan seorang rakan lelaki, Wasin Namprom, 22, mengerat mayat mangsa serta menanamnya. Apiwan serta Wasin masing-masing dipenjara 33 tahun sembilan bulan serta 23 tahun empat bulan kerana peranan mereka.

Seorang lagi tertuduh Jidarat Promkhun, 22, dipenjara setahun kerana menerima telefon bimbit mangsa untuk dijual.

Semuanya kecuali Jidarat turut diperintahkan membayar pampasan 1.07 juta baht (RM133,000) untuk menyara keluarga mangsa, selain 100,000 baht (RM12,400) untuk majlis pengebumiannya.

Pampasan itu perlu dibayar secara ansuran setiap bulan iaitu 5,000 baht (RM620) bagi tempoh 17 tahun berserta faedah 7.5 peratus dari tarikh kematiannya, 23 Mei 2017.

Bangkok Post melaporkan, Preeyanuch sebelum ini memberitahu mahkamah dia tidak sengaja melemaskan Warissara apabila menekap mulut dan hidung mangsa.

Bagaimanapun keterangan saksi lain mengakui mereka semua menyerang Warissara sebelum Preeyanuch menggunakan beg plastik hitam untuk mencekiknya sehingga mati di dalam kereta.

Menurut polis, Preeyanuch mahu ‘mengajar’ Warissara kerana menyebabkan suaminya ditangkap atas tuduhan dadah.

Tiga wanita itu melarikan diri ke Laos untuk bekerja di pusat urut tetapi berjaya ditahan polis ketika keluar membeli-belah.

Kumpulan pembunuh itu menjadi popular kerana kecantikan mereka, malah memorabilia mereka turut dijual segelintir pihak yang mengambil kesempatan di atas populariti mereka. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: kes pembunuhanThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd