• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayzam Raih Emas 110m, Hampir Tarik Diri Saat Akhir

oleh Ahmad Albab
12/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jaguh pecut 110 meter (m) berpagar Asia Tenggara, Rayzam Shah Wan Sofian muncul pemenang pingat emas acara itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Sabah berusia 30 tahun itu yang menyasarkan larian di bawah 14 saat (s) dalam acara akhir tersebut mengakui hampir menarik diri di saat akhir.

Rayzam mencatat kepantasan 14.12s untuk menewaskan atlet Kuwait, Al Youha Yaqoub yang meraih perak dengan catatan 14.17s sementara gangsa menjadi milik pelari Filipina, Clinton Kingsley Bautista dengan masa 14.27s.

“Sasaran saya adalah di bawah 14 saat tapi disebabkan acara ditunda terlalu lama sehingga lebih satu jam setengah, fokus dan semangat untuk berlari pun hilang.

“Disebabkan itu juga saya mengalami kekejangan otot selepas dua kali melakukan regangan untuk memastikan tubuh saya berada dalam keadaan sedia. Saya memang rasa nak tarik diri tetapi jurulatih menyuruh saya teruskan juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat acara itu.

Beliau berkata kehadiran pencabarnya dari Kuwait itu juga menjadi antara faktor beliau membatalkan niatnya untuk menarik diri.

“Saya lihat beliau (Al Youha) begitu bersemangat selain sebelum ini saya juga tidak pernah tewaskan beliau. Jadi ia sedikit membakar semangat saya untuk meneruskan larian,” katanya yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan 13.67s.

Sementara itu, dalam kategori wanita pula menyaksikan atlet 100m berpagar negara, Raja Nursheena Raja Azhar menepati ramalan merangkul emas selepas merakam masa 13.93s.

Pemenang pingat perak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengatasi pencabarnya dari Singapura, Nur Izlyn Zaini (14.41s) dan Jo Eun Ju dari Korea Selatan (14.45s) untuk masing-masing membawa pulang perak dan gangsa. — BERNAMA

Tags: Olahraga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd